Hi Semuaaa.
Dah
lama gilaaa tak update blog. Dah bersawang dah. Sekarang ni dah ada
application kat phone so senang sikit nak update blog. Hehe.
Anywayyy, nak update makan place yang baru baru ni aku try, which is KyoChon @ one utama!
KyoChon ni restoran yang berasal dari Korea and of course they serve
Korean food which is my favoritaaaa. Aku memang suka Korean food tak tau
la kenapa. Mungkin sebab suka tgk K-Drama, Kpop so suka la korean food.
And korean food memang kena dgn tekak aku. Hehe.
So
aku dengan husband pegi la restoran KyoChon dekat OU ni. First kitorg
takut nak masuk sebab rasa macam halal ke tak ni. Kitorang pusing pusing
dua tiga kali jenguk2 situ...husband aku lagi la control handsome depan
kedai padahal takut nak masuk. Last-last kitorang masuk gak. Heheheh
Bila
masuk tu kami diberi menu. Apa yang aku aware is restoran ni specialise
dia ayam goreng. Ramai orang cakap ayam goreng sini sedap, semuanya
korean style la. So kitorang order la kengkinon terer. Padahal confuse
jugak nak order ap. Disebabkan kitorang ni suka pedas so kitorg order la
fried chicken wings 12 pieces in spicy sauce/red sauce.
Mcm
ni bentuk dia. Ayam digoreng secara istimewa diperap dengan sos pedas
korea, memang ummphhhhh! Tapi kepedasan dia memang meleleh air mata dan
peluh. Pedas gilaaaa. Walaupun pedas, aku dgn husband telan jugak sebab
ayam dia sedap sangat!! Aku rasa pasni aku nak order yang 20 pieces
punya! Haha! Yang ni harga dia RM18 untuk 12 pieces.
Actually fried chicken ni ada byk flavour, iaitu Honey/Soy and Spicy.
Sesapa yang tak makan pedas boleh la order honey atau soy flavour. Ayam
di Kyochon istimewa sikit sebab ayam tak dicucuk hormon dan dimasak
menggunakan teknik goreng yang istimewa. Ayam dia pun bukan ayam
frozen.
Then dish seterusnya adalah Kimchi Fried Rice. Disebabkan aku suka kimchi so aku order la kimchi fried rice ni.
Sedappp. Bagi selera saya sedap la. Kimchi dia rasa pedas masam semua cukup. Walaupun dalam mangkuk kecik, tapi sangat mengenyangkan. Harga tak ingat, dalam Rm10 camtu kot. Husband aku pulak order Garlic Fried Rice
Ni la dia punya brochure atas setiap media, explain why ayam di KyoChon ni special. Hehe. Aku rasa memang apa yang dia claim ni betul sebab ayam dia paling sedap penah aku rasa.
Untuk drink aku order green tea je. Order satu teapot boleh minum 2 orang.
Green tea ni Rm5.30.
So
overall memang puas hati. Kitorang tak order banyak sebab niat nak try
nnt order bebanyak tak sedap pulak. So after next visit kitorang nak try
food lain sebab memang sedap makanan dia. Hehe.
Recommended
sangat kalau korang nak rasa korean food yang sedap dan halal, boleh la
datang sini. Ada byk lagi makanan lain selain fried chicken.
So review aku 4/5 star! Yeahhh
Setakat ni je la review aku. Lain orang lain selera, so aku suggest go and try sendiri.
Kahamsamida!!