nuffnang

Friday, 22 January 2016

Makan Korean Style di KyoChon @ One Utama

Hi Semuaaa. 

Dah lama gilaaa tak update blog. Dah bersawang dah. Sekarang ni dah ada application kat phone so senang sikit nak update blog. Hehe.
Anywayyy, nak update makan place yang baru baru ni aku try, which is KyoChon @ one utama! KyoChon ni restoran yang berasal dari Korea and of course they serve Korean food which is my favoritaaaa. Aku memang suka Korean food tak tau la kenapa. Mungkin sebab suka tgk K-Drama, Kpop so suka la korean food. And korean food memang kena dgn tekak aku. Hehe. 
So aku dengan husband pegi la restoran KyoChon dekat OU ni. First kitorg takut nak masuk sebab rasa macam halal ke tak ni. Kitorang pusing pusing dua tiga kali jenguk2 situ...husband aku lagi la control handsome depan kedai padahal takut nak masuk. Last-last kitorang masuk gak. Heheheh
Bila masuk tu kami diberi menu. Apa yang aku aware is restoran ni specialise dia ayam goreng. Ramai orang cakap ayam goreng sini sedap, semuanya korean style la. So kitorang order la kengkinon terer. Padahal confuse jugak nak order ap. Disebabkan kitorang ni suka pedas so kitorg order la fried chicken wings 12 pieces in spicy sauce/red sauce.
Mcm ni bentuk dia. Ayam digoreng secara istimewa diperap dengan sos pedas korea, memang ummphhhhh! Tapi kepedasan dia memang meleleh air mata dan peluh. Pedas gilaaaa. Walaupun pedas, aku dgn husband telan jugak sebab ayam dia sedap sangat!! Aku rasa pasni aku nak order yang 20 pieces punya! Haha! Yang ni harga dia RM18 untuk 12 pieces.
Actually fried chicken ni ada byk flavour, iaitu Honey/Soy and Spicy. Sesapa yang tak makan pedas boleh la order honey atau soy flavour. Ayam di Kyochon istimewa sikit sebab ayam tak dicucuk hormon dan dimasak menggunakan teknik goreng yang istimewa. Ayam dia pun bukan ayam frozen. 
Then dish seterusnya adalah Kimchi Fried Rice. Disebabkan aku suka kimchi so aku order la kimchi fried rice ni.

Sedappp. Bagi selera saya sedap la. Kimchi dia rasa pedas masam semua cukup. Walaupun dalam mangkuk kecik, tapi sangat mengenyangkan. Harga tak ingat, dalam Rm10 camtu kot. Husband aku pulak order Garlic Fried Rice

Yang ni rasa dia biasa je la. Tapi saja je order sebab nak compliment dengan ayam.

Ni la dia punya brochure atas setiap media, explain why ayam di KyoChon ni special. Hehe. Aku rasa memang apa yang dia claim ni betul sebab ayam dia paling sedap penah aku rasa. 
Untuk drink aku order green tea je. Order satu teapot boleh minum 2 orang.
*eh ada oppa Lee Min Ho situ. Hehe.
Green tea ni Rm5.30.
So overall memang puas hati. Kitorang tak order banyak sebab niat nak try nnt order bebanyak tak sedap pulak. So after next visit kitorang nak try food lain sebab memang sedap makanan dia. Hehe. 
Recommended sangat kalau korang nak rasa korean food yang sedap dan halal, boleh la datang sini. Ada byk lagi makanan lain selain fried chicken.
So review aku 4/5 star! Yeahhh
Setakat ni je la review aku. Lain orang lain selera, so aku suggest go and try sendiri.
Kahamsamida!!

Blackmores Multivitamin+Minerals, my supplement nak sihat dan kuat


Assalam semua pembaca blog! 
Okey actually nak kongsi sikit supplement yg kita ambik untuk kekal cergas dan sihat. Saya ni memang cepat letih, walaupun kerja kt ofis mengadap Pc je, bukan nak kena angkat batu bata macam anney kerja buat MRT tu, saya tetap cepat letih! 
Beberapa tahun kebelakangan ni berat badan saya naik mendadak macam kena pam. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin la aku kuat melantak benda manis macam kek, ice blended la bagaiiii. Jadi berat badan menyumbang kepada aku cepat letih. So aku pun google la solution nyaa untuk kuatkan balik badan. Kawan aku cakap makan je multivitamin. Tapi aku taktau multivitamin mana yang bagus. Last last aku choose Blackmores sebab tgk kandungan dia macam okay je. Aku baru je start ambik minggu ni dan alhamdulillah ada perubahan sikit. 
Kadang2 badan kita ni tak menyerap sepenuhnya vitamins dan nutrien dari makanan kita atas beberapa faktor. Jadi kita perlu ambik tablet atau apa saja jenis supplement untuk memastikan badan kita berfungsi sepenuhnya. Jadi takde lagi la letih letih, mata lebam. Hehheeh
Ni blackmores yang aku try
Harga lebih kurang rm30 camtu je. Ada 30 tablets.


Bentuk warna kuning panjang2 gituu. Macam minions pulak tablets ni. Ahaks!
Ni label atau active ingredients yang terdapat dalam tablet multivitamins ni.
So aku beli dekat guardians je. Benda ni senang nak dapat. Boleh beli di mana2 farmasi berdaftar. Jgn la kau gi cari kat makcik jual goreng pisang pulakkkk.
Last but not least, disamping menngambil supplement, kenalah juga jaga pemakanan, bersukan dan jgn stress stress untuk maintain kesihatan kita. Kesihatan itu nikmat dr Allah so jagalah ia dengan sebaik mungkin.

Ini bukan entry berbayar tapi review ikhlas dari saya pengguna biasa. Hehe.
Klik link dibawah untuk details lagi. recommended!!

Blackmores Multivitamins Details Here! 
Ok baiiii! Till we meet again next entry!